"Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) Baca lanjut di sini
Tempoh Waktu Dhuha @ Matahari Pagi
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Analogi "petua tok moyang kita, bila bayi yang baru dilahirkan terkena 'Kuning' @ Jaundice, jemur waktu mentari pagi". Selain itu, kita sering dinasihatkan untuk bersenam waktu pagi di bawah matahari pagi.
Peralihan zaman & perkembangan teknologi. Matahari pagi ini telah diuji kaji oleh pakar-pakar yang mahir. Tujuan memberi kemanfaatan pada kehidupan manusia. Semasa belajar sains tingkatan 3 dan sains tulen, saya masih ingat matahari pagi sangat kaya dengan VITAMIN D. Maka itu, saya membuat sedikit bacaan melalui carian google. Semoga bermanfaat buat semua.
Rumusan pembacaan saya, Matahari pagi @ Cahaya Dhuha sangat bermanfaat kepada kesihatan diri;
1.Mengurangi gula dalam darah
2.Mengandung vitamin D
3.Membentuk dan memperbaiki tulang
4.Merendahkan kolesterol dalam darah
5.Meningkatkan kestabilan pernafasan
6.Kekebalan
7.Penawar infeksi dan pembunuh bakteri
Keterangan untuk manfaat ini sila klik
@
Apa kaitan BVSM @ selimut DHUHA boleh langsung tanya saya di 0195293442
(Nurul Bazliah bt Masri @
FB chat: https://www.facebook.com/worldbazz )
#projekstg
No comments:
Post a Comment