Aura adalah medan energi yang memancarkan gelombang elektromagnetik yang menyelubungi tubuh kita. . Tubuh kita ini dikelilingi oleh aura yang berupa cahaya/warna. Medan energi yang ada di tubuh kita tampak berwarna-warni dan memiliki warna tertentu yang merupakan warna dominan/warna utama.
Aura dan getaran dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik tertentu
yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Aura ini menghasilkan tenaga. Kesan
kekuatan gelombong aura dapat dilihat pada fizikal luaran seseorang. Contohnya di
saat getaran sifat ‘negatif-seperti amarah’ & ‘positif-senyum’.
Setiap orang mempunyai aura diri. Aura boleh
ditarik,dipupuk@dipelajari ke arah hidup yang lebih positif. Seperti magnet
yang mempunyai medan Utara-Selatan. Manusia juga punyai medan magnet ‘Tulang
Belakang-Rod Magnet’. Bahagian paling atas “Ubun-ubun” @ bahasa Sains “Kalenjar
Pineal” bahagian KUTUB UTARA. Bahagian hujung “TULANG SULBI” KUTUB SELATAN lalu
membentuk LINGKARAN AURA BERWARNA (tidak dapat di lihat dengan mata kasar
getaran gelombong aura ini).
Energi ini bila makin membesar adakala buatkan kita rasa
kejayaan, bahagia, sihat, damai @ sebaliknya suram, sedih, kecewa dan
lain-lain. (Aura positf-baik2, aura negatif-sebaliknya).
"Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.
Tulang sulbi pula menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong dalam kumpulan yang tidak produktif.
Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi..." -Sumber : Reiki Malaysia.


No comments:
Post a Comment